Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

Voyage Estimate Calculation




this is how charterer and owner calculate their profit.

Saturday, August 8, 2009

Kualiti anak kapal

Case Study
MBA Shipping Management

Industri maritim semakin pesat membangun, sejajar dengan ini satu faktor yang amat memperngaruhi kestabilan industri ialah SUMBER MANUSIA atau ANAK ANAK KAPAL(AAK). Faktor ini perlu untuk memastikan industri berada didalam keadaan yang sihat dan kadar keselamatan industri bergantung juga kepada kecekapan dan sikap ANAK ANAK KAPAL(AAK). Mengikut kajian ramai dikalangan (AAK) masih lagi kekurangan pengetahuan dan kecekapan samada pengetahuan ICT dan Komunikasi.

Setiap kapal pada masa kini dilengkapi dengan satu program yang dipanggil "Sistem pengurusan fleet" Ia adalah satu teknologi "PAPERLESS" tanpa kertas yang memusatkan pengurusan dan pentadbiran sumber manusia,kewangan,penyelenggaraan dan operasi sebuah kapal. Masih lagi ada yang kurang peka terhadap program ini dan tidak sepatutnya memandang remeh. Kemungkinan juga mereka kurang pengetahuan didalam dunia ICT atau tidak mempunyai inisiatif untuk belajar.

Masalah kedua ialah komunikasi diantara AAK dan petugas di Pejabat. Mengapa ianya berlaku?. Ini disebabkan oleh batasan pergaulan yang tidak terzahir. Rasa rendah diri dikalangan AAK dan konflik pemikiran yang berlainan menyebabkan satu dinding yang tidak terzahir terbina. Kurang inisiatif dari pihak pengurusan untuk mengatasi masalah ini.

Pengambilan pekerja negara asing(Alien Worker)- didapati ada diantara mereka boleh memperolehi pengiktirafan kelayakan dengan hanya membayar USD100 sahaja. Terus teranglah ini secara langsung telah melemahkan sistem kecekapan dan akan memberikan impak yang kurang sihat kepada industri.


Apakah Langkah langkah sihat bagi menangani masalah ini??
"jika ada pendapat yang ingin diutarakan bolehlah dikongsi bersama di ruangan komen dibawah, saya dahulukan ucapan terima kasih dan semoga kita dapat memperbaiki kualiti pelaut malaysia bersama"